Introduction


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

“ YA ALLAH KURNIAKAN KEPADA KAMI KEBAIKAN
DI DUNIA DANJUGA KEBAIKAN DI AKHIRAT , SERTA
JAUHILAH KAMI DARIPADA TERJERUMUS
KEDALAM SEKSAAN API NERAKA .” - AL-BAQARAH

Sebaik-baik kurniaan Allah s.w.t. itu apabila kita dapat berkongsi bersama mereka yangamat-amat memerlukan. Bagi yang dikurniakan Allah s.w.t. dengan ilmu pengetahuan sayugia dimanfaatkan ilmu itu dengan menyebarkannya. Bagi yang mempunyai kekuatan fizikal manfaatkan kekuatan itu dengan membantu mereka yang lemah . Manakala yang mempunyai harta yang melimpah ruah manfaatkan ia dengan bersedeqah , berderma dan berzakat. Ingatlah .........tidak akan kurang harta yang kamu infaqkan melainkan Allah s.w.t. akan menggandakannya kepada bilangan yang tidak mampu kita hitungi.Saudara dan saudari sekalian, Andainya anda inginkan kebaikan didunia dan akhirat, kami mempelawa anda untuk menaja anak-anak dibawah seliaan kami untuk menjadi penghafaz-penghafaz Al-Quran.Kami di PEKA YATIM sangat-sangat mengalukan sumbangan dari anda.Mudah-mudahan sumbangan yang anda hulurkan dapat meningkatkan lagi bilangan para huffaz yang lahir dari kalangan anak-anak yatim. Untuk pengetahuan, kami disini memberikan perkhidmatan secara percuma kepada anak-anak yatim serta anak-anak miskin yang datang dari seluruh Negara.Walaupun bilangan mereka tidak ramai kerana kami hanya dapat memuatkan 32 orang sahaja dalam satu-satu masa namun pembiayaan untuk makan /minum, asrama , pakaian ,pelajaran ,gaji pekerja, pembayaran bil-bil , aktiviti dan sebagainya menelan ribuan ringgit setiap bulan. Kami amat berbesar hati menerima sumbangan dalam bentuk apa sahaja, agar dapat di manfaatkan untuk anak-anak disini.Mungkin satu masa nanti kami akan dapat mengadakan bangunan sendiri dan menerima lebih ramai anak-anak untuk menjadi hafiz-hafiz Al-Quran dan dapat mengembangkan ilmu-ilmu mereka keseluruh Negara.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kepada anda yang ingin
menghulurkan sumbangan,
boleh menghubungi kami di talian :
09-7642780 ( pejabat )
09-7658180 ( rumah pengetua )
013-9339143 / 013-9027762

Atau datang terus ke alamat :
Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran ,
Pertubuhan Kebajikan Anak – Anak Yatim Kelantan ( PEKA YATIM )
PT 514 – 519 Desa Rahmat , Jalan Guchil Bayam
15200 Kota Bharu , Kelantan.